Realiti hidup
Suka membuat andaian. Kononnya realistik, idealistik bombastik dan segala stik yang ada.
Aku secara jujurnya tak kisah mendengar pendapat orang lain. Aku tahu kita berlainan buah fikiran. Lain pendapat dan lain cara mengintepretasi maklumat. Sebab keadaan minda kita tidak sama. Didikan kita tidak sama. Rasa empati kita juga tidak sama.
Ada orang yang terlalu menjaga, ada juga yang terlalu terbuka.
Dan aku dengan senang hati menerima apa pun pendapat manusia lain.
Tapi bila melibatkan soal hati dan perasaan (aku tidak maksudkan cinta di sini), ada kalanya kita banyak kali terbabas.
Cakap tak berlapik, herdik orang depan orang, tuduh orang bukan bukan, lempar fitnah dan kejian. Memang bukan itu ajaran yang keluarga kau ajar. Tapi ego yang menandingi. Kau menang dengan ego tapi kau tak fikir hati orang yang kau cakap.
Manusia ni cepat membuat kesimpulan. Dari mata kasar, kononnya kau tahu dia seperti apa. Tapi sebenarnya kau tak tahu apa apa. Kosong.
Kau tak tahu isi hati orang. Sejahat mana pun orang yang kau nampak jahat, jangan di ingat dia tidak boleh berubah. Ala, ayat klishe. Tapi memang betul.
Jangan kau anggap yang manusia jahat semua berdosa. Dosa boleh hapus kau tahu. Dengan syarat, taubat.
Lagi satu, jangan cepat anggap orang lain bodoh walaupun kau pandai. Tak mustahil ada sesuatu yang kau tak tahu tapi dia tahu. Kepandaian manusia berbeza. Tidak boleh di ukur hanya dengan keputusan di atas kertas. Kita hidup di dunia ini saling bergantung. Kau tahu, aku tak tahu. Kau tak tahu, aku tahu.
Dan jangan lah suka menyalahkan orang lain walaupun kau tahu itu bukan salahnya. Hanya kerana dia orang bawahan, kau terus salahkan. Itu juga berdosa. Aku rasa sesiapa pun tak pernah ajar untuk kita pijak pijak kepala orang. Pangkat kau tinggi langit kah, duit kau banyak bergunung kah, pengaruh kau seluas lautan kah, bawah tanah juga kau kembali.
Tolong juga jangan pernah samakan orang lain dengan diri kau sendiri. Lain orang lain cara dia. Lain perangai dia. Lain perkara yang dia lalui. Lain masalah yang dia galas. Lain tanggungjawab yang dia pikul.
Jangan lah jadi petualang yang membinasakan kedamaian dalam persaudaraan. Kita hidup atas tempat yang sama. Makan juga melalui sumber yang sama. Najis juga keluar dari tempat yang sama. Jadi jangan anggap yang kau lain dari yang lain.
Kau ada masalah, orang lain juga ada masalah.
Kau tahu marah, orang lain juga tahu marah.
Kau pandai terasa, orang lain juga pandai terasa.
Jadi, bercakaplah berpada pada. Jangan hanya tahu menjadi kuman yang hanya tahu merosakkan. Kau jaga hati orang, orang jaga hati kau. Kau tahu hormat orang, orang juga tahu hormat kau.
Pangkat, darjat, kemahsyuran bukan pengukur kekayaan. Tapi hati yang penuh rasa kasih dan sayang, itu lah dia yang membawa kebahagiaan.

Comments
Post a Comment