Ceritera Kita( LAST ep)
"Ismet!!!" Tiara mendengar ibu Ismet memanggil nama Ismet dengan begitu kuat sekali. Ketika itu, Tiara merasakan badannya menggigil dan sudah tidak mampu untuk berdiri. Dia tahu apa yang terjadi menurut naluri hatinya. Namun cuba dibuangnya perasaan negatif dalam hatinya. Dia akhirnya melangkah keluar dengan linangan air mata sambil dipapah oleh ibu Iqram.
Dari kejauhan dia ternampak sekujur tubuh yang layu dan berdarah-darah di sebelah kereta yang berwarna putih itu. 'Ismet.' Dia menyeru nama Ismet dalam hati dan kemudian Tiara terkulai layu di hadapan pintu utama masjid tersebut. Dia menangis teresak-esak. Ibu Iqram yang menyaksikan kejadian itu terus memapahnya dan membawanya dekat dengan Ismet.
Alangkah sedihnya hati Tiara apabila melihat Ismet yang penuh dengan darah itu. "Ismet...bangun Ismet. Kau tak boleh macam ni. Ini hari pernikahan kita. Kau tak boleh pergi. Semua orang dah tunggu kat dalam. Takkan lah kau nak batalkan semua ni. Bangun Ismet." Tiara berkata seperti orang yang tidak siuman. Ismet pula tetap tidak sedarkan diri.
"Mak, Kenapa semua ni jadi pada Tiara. Apa salah Tiara? Iqram pergi tinggalkan Tiara, kali ni Ismet lagi nak pergi dari hidup Tiara ka mak?" Tiara masih teresak-esak. Air mata yang berlinangan itu jatuh terus membasahi pipi Tiara.
Ismet dibawa ke hospital. Tiara pula dibawa pulang ke rumah. Pada mulanya, Tiara berkeras ingin ikut. Namun ibu Iqram melarangnya kerana takut dia jatuh sakit. Akhirnya Tiara mengalah dan pulang ke rumah bersama ibu dan ayahnya.
Ibu Iqram terus menghubungi Iqram yang berada jauh di Istanbul untuk memaklumkan berita sedih ini kepadanya. "Assalamualaikum Ram." Suara ibu Iqram kedengaran sedih di hujung talian.
"Walaikumussalam ibu, macam mana dengan majlis tu? Semua ok? Wah, Tiara sekarang dah jadi hak milik orang dah kan bu. Pasti dia bahagia sangat. Ucapkan Tahniah untuk dia bu." Iqram berasa teruja mendapat panggilan yang dinanti-nantikannya. Sejujurnya dia ingin sekali melihat keadaan di majlis tersebut. Tapi, dia tidak sanggup.
"Ram, ibu nak beritahu ni, Tiara dan Ismet tak jadi kahwin." Ibu Iqram berterus terang.
Punyalah Iqram terkejut mendapat berita yang tidak disangka-sangka itu. Pada mulanya Iqram menyangka Tiara dan Ismet tidak jadi berkahwin disebabkan surat itu. Perasaan bersalah menghantui dirinya ketika ini. "Apa bu? Kenapa boleh jadi begitu? Salah Iqram ke bu?"
"Tak, kamu tak salah. Sekarang ni Ismet ada kat hospital. Dia accident tadi masa hendak masuk ke dalam masjid. Mereka tak sempat pun nak bernikah." Ibunya menjelaskan.
Lagi terkejut besar Iqram apabila mendengar berita yang tidak diduganya itu. Hatinya sayu mendengar cerita ibunya. Dia sudah membuat keputusan untuk balik ke tanah air malam ini juga. Dia amat risau tentang keadaan Ismet dan Tiara. Mereka berdua adalah sahabat baiknya.
Setibanya Iqram di Malaysia, dia terus menuju ke hospital tempat Ismet di rawat. Alangkah sedihnya dia apabila melihat keadaan Ismet yang kritikal itu. Dia sangat bersedih dengan apa yang dilalui mereka. Bertahun mereka menganyam kasih dan mengikat janji untuk sehidup semati tapi pengakhirannya?
Iqram keluar dari bilik itu dan terus terserempak dengan Tiara. Tiara memandang Iqram dengan pandangan yang kosong. Sayu hati Iqram melihat keadaan Tiara yang nampak penat itu. Mereka berdua berbual bersama. Sebenarnya Tiara tidak pernah marah dengan Iqram kerana tidak pergi ke majlis perkahwinannya yang tidak menjjadi itu. Dia hanya sedih melihat kesungguhan dan pengorbanan Iqram selama ini. Dia tidak tahu langsung tentang perasaan Iqram terhadapnya.
Sudah seminggu Ismet dirawat di hospital dan dalam masa seminggu itu jugalah Ismet masih berada dalam keadaan koma sehinggalah pada satu hari Ismet tersedar.
"Doktor! Doktor!" Kedengara suara Iqram menjerit memanggil doktor yang merawatnya. Iqram sangat bahagia melihat Ismet kini sudah sedar. Doktor yang memeriksa keadaan Ismet itu memberitahu Iqram bahawa pesakit sudah normal dan sudah kembali seperti biasa. Iqram sangat bahagia begitu juga dengan Tiara dan semua orang yang berada di situ.
"Iqram, kau pun ada? Aku rindu sangat kat kau." Ismet terus menegur Iqram yang berada betul-betul di sebelahnya. Iqram hanya tersenyum dan mengangguk. "Erm..Tiara, Mak, Mak cik, boleh tinggalkan saya dan Iqram sebentar. Ada hal yang saya hendak beritahu kepada Iqram." Ismet berkata lagi. Mereka semua hanya menurut apa yang dikatakan Ismet.
Setelah mereka semua keluar, Ismet berkata, "Ram, aku nak kau tahu aku sayang dengan Tiara." Ismet terberhenti sekejap.
"Ya, aku tahu...." Iqram menjawab pula namun tidak habis ayatnya, Ismet terus memotong. " Sekejap, aku belum habis cakap lagi. Ram, aku nak minta maaf, sebagai kawan kau aku tak pernah nak kisahkan apa yang kau mahu sehinggalah aku rampas wanita yang kau cintai. Aku tahu semua itu Ram biarpun kau tak pernah nak beritahu aku. Sebab aku boleh nampak semuanya dalam mata kau. Kita lelaki, jadi aku tahu siapa kau suka dan siapa kau tak suka. Aku rasa hayatku hanya bertahan setakat ini. Sejujurnya aku masih rasakan kesakitan yang amat sangat. Biarpun doktor beritahu keadaan aku normal, sebenarnya tak.Aku sengaja suruh doktor rahsiakan sebab tak nak kamu risau. Bila-bila masa saja aku akan pergi dari dunia ini. Jadi sebelum terlambat, aku nak serahkan Tiara kepada kau Ram. Aku nak dia bahagia. Mungkin kami tak ada jodoh. Aku tahu hanya kau yang boleh bahagiakan dia. Tolong jaga dia baik-baik dan kalau kau sia-siakan dia, aku akan cari kau biarpun aku dah tak da kat dunia ni. Please Ram. Hanya kau yang aku boleh harapkan." Panjang Ismet menerangkan kepada Iqram. Dia menitiskan air matanya. Sudah tidak mampu dibendung lagi. Mereka berpelukan dan sebenarnya mereka tidak sedar Tiara sedang mencuri dengar perbualan mereka di luar. Tiara menangis teresak-esak. Dia berasa amat sedih.
Pada tengah malam yang menunjukkan pukul 3:30 pagi, mereka mendapat panggilan telefon dari hospital menyatakan yang Ismet sedang nazak. Iqram yang pada ketika itu hanya terkaku dan terduduk di lantai biliknya. Dia teringat kata-kata Ismet siang tadi. Dia sekali lagi menitiskan air matanya.
Dalam bilik di mana Ismet dirawat, mereka membacakan surah Yassin untuk Ismet. Tiara menangis tidak berhenti. Dia tahu semua ini akan terjadi kerana dia telah mendengar perbualan antara Iqram dan Ismet siang tadi. Dia hanya berserah kepada Allah atas apa yang berlaku selepas ini. Tepat pukul 4:15 pagi, Ismet telah pun kembali di tempat di mana dia datang. Semua berada dalam keadaan yang sangat sedih ketika itu lebih-lebih lagi untuk kedua sahabat baiknya dan ibu bapanya itu. Suasana pagi itu mendung dan hujan lebat seperti mana yang berlaku di dalam hati mereka semua saat ini. Ismet berjaya dikebumikan di tanah perkuburan Islam dekat dengan masjid tempatnya dan Tiara sepatutnya bernikah.
Beberapa tahun kemudian....
"Hati-hati semasa dalam perjalanan ya bang." Tiara berkata kepada suaminya, Iqram, dan menyalam tangan suaminya dengan sopan.
"Baik sayang. Awak pun hati-hati duduk rumah, jaga anak kita yang berada di sini ya." Iqram berkata sambil mengusap perut isterinya yang sarat mengandung itu. Iqram mencium dahi isterinya yang licin itu.
Tiara bahagia dengan kehidupan yang dia miliki sekarang. Apa yang pernah terjadi sebelum ini adalah pengajaran untuknya untuk memulakan kehidupan baru bersama suaminya yang dahulunya adalah sahabat baiknya. Apapun dia redha dengan apa yang berlaku kerana dia tahu itu semua takdir Allah. Itulah jodohnya. Bertapa indahnya perancangan Allah SWT itu untuk hamba-hambanya. Tiara akur.
THE END~
p/s: Thanks for reading my story. The end of the story. Semoga mendapat apa-apa pengajaran dari cerita ini. Apa yang saya ingin sampaikan kepada pembaca sekalian adalah: Hidup ini tidak sesukar yang kita sangka, yang hanya kita perlu lakukan hanya beribadah kepada Allah dan merancang apa yang terbaik untuk hidup kita. Tapi jangan sesekali kita lupa bahawa, perancangan yang paling sempurna itu adalah perancangan Allah untuk kita semua. Tidak semua yang kita harapkan akan kita dapat. Dan sudah pastinya apa yang kita harap tapi tidak kita dapat akan diganti dengan sesuatu yang sangat kita perlu dan itulah yang paling terbaik untuk kita. Jangan sedih apabila kehilangan sesuatu sebab apa yang kita hilang akan digantikan dengan sesuatu yang lebih bermanfaat. THANK YOU! :D
( see you in the next entry.)

Comments
Post a Comment