Khas untuk semua sahabat ^^

Assalamualaikum wbt.. Lamanya suda x update blog ni. Lalat makin banyak suda tau.. Hehe.. Sy busy ba skrg. Bnyk tu kerja mw buat. Belajar lagi.. Hehe.. Lagipun otakku bekarat suda. Idea tu x pndai dtg. Mw tulis pasal apa pn sy x tau ni. Tapi tapi tapi syukurla, ada jgk idea dtg hari ni. Rasanya mcm btul2 mw tulis terus kalau idea sudah dtg tiba2 kn. Kalau lambat2 takut hilang pulak. Lagi parah kalau dtg suda malas. Haha...
Ok la..kita proceed ya. Kali ni entri aq nak bagi nasihat sikit. Hehe. Aiceh.. Ada hati nak bagi nasihat. Tapi tak pa la kan. Bukannya salah. Sekadar berkongsi idea dan pendapat. Nak ikut tu, Alhamdulillah syukur. Kalau x nak, hang punya pasai la. Cek dah bagi nasihat tu dah kira baguihh sgt dah tu. Tapi kalau hangpa tak nak dengaiii, berambuihh la yee.. Amboi kasar bahasa. Hehe..sorry k sorry. Ada hati nak ckp loghat utara pulak. Begitu la dia kalau org sbh tukar logahat. Hang pa tau. Hihi. Sy minta maaf ya kalau sy silap. Sy mmg suka dgr org utara pny loghat. Sedap je. Sebab keluarga sy pn ada tinggal kat sana. Bila dgr diorang ckp, first tu mmg x paham la. Tapi lepas tu dah ok dah. Mmg seronok belajar loghat ngri lain. Nti nk belajar ngri lain lagi. Hehe. Ok sorry banyak iklan. Haha. Bukan nk ckp pasal loghat ya. Sy nak kongsi pasal cara utk menangani tekanan pulak kali ni. Kali ni sy pakai sleng sabah ya. Negeri tercinta. Aisemen joooo..

Ok. Kalau cerita pasal stress ni aku rasa semua org pn selalu mengalaminya kan. Aku? Opkosss.. Skrg, kw pkir. Luar mmg aq npk biasa tapi dalam hati ni Allah ja yg tau mcm mna. Ada ribut taufan, puting beliung, tsunami aih yg pting mcm2 la. Gempa bumi ngn volcano ja belum lagi ni. Haha. Ayat melampau sgt la pulak. Kalau adek2, abg2, kakak2, mcik2,pcik2, kawan2 n semua nak tahu, stress ni sebenarnya senang ja nak elak atau nak kawal. Dari diri kita sendiri ja sama ada nk buat atau x. Baiklah, d bawah ni ada beberapa cara nak kawal stress yang korang rasa tu.....jom baca:

1)Sembahyang 5 waktu.

*Of course yg first sekali mesti solat. Orang yang tak solat ni hati dia dah gelap. Jadi dia senang ja nk marah. Tak percaya? Silakan lihat ke dalam diri anda sendiri. Solat ni adalah RUKUN ISLAM yang ke dua. Tak solat maksudnya tak Islam. Biarpun dalam IC agama tulis Islam tapi kalau x solat, Islam tu seperti hilang dalam diri. Jadi kalau Islam dah hilang, jalan pun dah tak betul. Bila jalan tak betul, mcm2 la kerosakan yang di buat di muka bumi ni. Apa lagi bila dah marah bila ada masalah, mula lah nak memaki nak tumbuk org bergaduh sana sini mcm dunia ni dia yg pny kan. Solat tak susah pun, tak perlu pakai duit dan tak perlu lari. Knp kita selalu berat untuk solat? Soalan yg bagus. Sebabnya syaitan yang ada dalam hati kita sudah menggaru-garu hati kita untuk x solat. Dia ckp mcm ni 'tak perlu lah solat. Bagus kau online je. Bagus kau tgk tv. Eh bagus kau belajar. Kan tak lama nak exam. Bagus kau tidur, kan dah penat sangat. Ala solat ni nanti boleh ganti jugak. Nanti ja la.' hah.. Mcm2 kn? Apa yg pasti kalau kau dah boleh lawan syaitan dalam hati kau, kau dah berjaya lawan satu musuh yg paling utama. Dia makin takut nak dekat kat kau sebab iman kau dah kuat. Dia tahu, dia hasut pun mcm tak da guna sebab kau langsung tak layan kata2 nya. Tapi bila kau dah selalu ikut cakap syaitan, dia makin suka kat kau, dia rasa kau lah sahabat yang dia boleh bawak dan tinggal sama2. Di mana? Kau tahu sendiri. Hati kau pun dah tak boleh kontrol semua, dah rasa macam selalu ada masalah dan selalu x boleh kawal. Kan??? Kau sendiri boleh fikir.

2) Kalau ada masa, buatlah solat sunat lepas smbhyang fardhu dan mengaji.

Menurut kata datuk fadzilah kamsah, lepas solat maghrib buatlah solat sunat taubat, hajat dan istikharah. Lpas tu mengaji lah dan seterusnya istighfar 100x. Habis semua tu terus sambung buat solat isyak. Dah habis semua, aq gerenti kau akan rasa nikmat yang kau tak pernah rasa. Tenang dan damai ja dlm hati. Semua fikiran yang kau tanggung masalah yang kau pikul mcm dah hilang. Tak perlu nak ke luar negara pergi pantai becuti ka apa. Membazir seja. Dengan semua yang aq sebut tadi tu, kau akan rasa perubahan kau. Kau akan fikir yg kau dah jarang sangat marah dan stress2 ni. Kau dah jarang nak moody. Tak percaya? Cuba la dulu. Baru tahu. Kalau tak cuba mcm mna korang nak tahu. Aku tahu lah sebab aq mmg dah cuba. Mmg menjadi sangat. Buang la sikap malas tu. Kalau kau dah malas mmg kau akan terus rasa tak tenang.

3) Kau set dalam hatimu ckp mcm ni 'semua yang terjadi ini adalah ujian Allah dan Dia tahu apa yang terbaik untukku. Rezekinya luas. Di mana2 pn ada.'

Cuba sentiasa berfikiran postif dengan semua yang menimpa diri mu. Kau set minda mu yang semua yang berlaku ni ada hikmah d sebaliknya. Allah menguji kau sesuai dengan kemampuan diri mu. Dia tahu kau boleh angkat semua ujian itu. Cuma kau perlu bersabar dan berusaha. Kau gagal? Ramai orang masa mudanya gagal, tapi sekarang dah jadi jutawan, ada yang dah jadi pelajar terbaik kat universiti luar negara. Apa yang kau tanggung tu akan di ganti dengan sesuatu yg kau tak pernah nak sangka. Tapi kalau kau dah negatif semua pasti akan jadi negatif. Cuba jadi optimis bukan pesimis. Kalau kau mengeluh apa pun kau tak boleh buat.

4)Bila dah tak tahan menangislah dan luah pada Allah.

Bila kau rasa kau terlalu sakit untuk tanggung apa yang kau rasa tu, luah pada Allah. Sebelum kau tidur bila tiada siapa di sisi, kau pegang dada mu dengan kedua tangan mu dan berdoalah. Luahkan semua apa yang kau rasa. Luah pada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar dan mengetahui isi hatimu. Kau sakit, kau mintalah dengan Allah untuk dikuatkan hati agar kau mampu terima semuanya dengan hati yang tenang. Kau doalah apa yg kau harapkan. Kenanglah semua dosa yg kau pernah lakukan semasa kau senang. Mohon maaflah kepada Allah. Pastinya Allah maha mendengar apa yg kau rasakan. Apabila sudah tenang, tidurlah dalam tangisan. Esoknya kau bangun kau akan rasa tenang sedikit.

5) Kalau kau nak, carilah seseorang yang kau yakin dan percaya dan selesa dengannya. Luahkan rasa yang kau rasa kepadanya. Pastikan dia seorang pendengar dan penasihat yang baik.

Kalau kau luahkan dengan orang, pastikan dia seseorang yang mampu mendalami hati orang lain. Dalam erti kata lain, dia seseorang yang sangat memahami. Bila dia dah bagi kau sedikit nasihat, kau akan rasa seperti satu masalah di bahumu seakan di angkat jauh. InsyaAllah dengan bantuan Allah, kau akan rasa tenang seperti biasa.

Ok, itu lah sedikit tips yang aku boleh berikan kepada korang semua. Di harap dapat membantu ya. Di sini aku mau bagi nasihat ya, bila selesai masalah mu dan hidup kau kembali normal, jangan sesekali kau lupakan Allah. Kalau kau jauh dari Dia, kenikmatan hidupmu boleh di tarik balik. Ingatlah Allah di masa senang dan masa susah. Mudah2an kau berjaya. ^^  Assalamualaikum. annyeong.

Comments

Popular Posts