THROWBACK MEMORY NEVER FADE
Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi kekasih sejati kita.
Entah kenapa tiba-tiba berlegar-legar sekeping memori dalam kotak minda ini tentang sesuatu yang telah berlalu sepuluh tahun yang lalu . Saat yang membawa aku pertama kali menjejakkan kaki ke negeri orang. Meredah lautan dengan kejayaan yang dipikul oleh kami sepasukan.
Pertandingan pesta pantun 2008. Mewakili sekolah kebanggaan kami ketika itu, SMK Tawau. Sungguh aku berasa seperti mimpi. Ketika itu aku baru berada di tingkatan 2 dan ketika itu aku masih boleh katakan kami masih separuh matang. Hiks.
Sungguh aku rindu saat dan waktu itu. Rindu pada telatah setiap ahli dalam pasukan. Azlan, ayka, syahmin dan arniea. Rindu yang paling rindu pada cikgu pembimbing kami, cikgu Moh Azam.
Aku ceritakan satu persatu. Niat aku mengikuti pantun ini bukan lah mendalam sangat. Sekadar suka-suka dan mahu menimba pengalaman. Di samping aku dapat mempelajari ilmu baharu. Bagaimana pantun dijual dan dibeli. Sejujurnya tidak pernah terlintas dari fikiran bahawa kami akan memenangi peringkat gabungan daerah Tawau. Hal ini kerana, di pusingan ini kami berhadapan dengan peserta-peserta yang hebat dan bijak.
Akhirnya kami memenanginya apabila di pusingan akhir kami mengalahkan SMK Balung. Berjaya mewakili daerah Tawau ke peringkat negeri sahaja aku sudah bersyukur dan bahagia. Kami berjaya membawa nama SMK Tawau ke kota Kinabalu.
Pada saat ini aku berdoa bersungguh-sungguh agar kami mampu pula mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan dan akhirnya, doa itu dimakbulkan! Alhamdulillah. Kami berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan untuk merebut piala sirih pulang ke gagang yang bertempat di negeri Perlis.
Dapat bersama-sama dengan rakan sepasukan dan cikgu pengiring ke Perlis sahaja membuat aku sangat-sangat bersyukur. Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke negeri orang lain. Pengalaman itu sangat berharga.
Bila tiba pertandingan yang semakin sengit itu, kami berlima termasuk cikgu kami menyerahkan sepenuhnya kepada qada dan qadar. ALLAH maha mengetahui. Kami ditakdirkan kalah dengan pasukan dari negeri Sarawak (kalau saya tidak salah) . Namun hal itu tetap membuatkan kami bersyukur.
Itu sahajalah perjalanan yang ingin saya kisahkan pada entri kali ini. Sejujurnya itulah pengalaman paling berharga yang saya tidak akan pernah lupakan sampai bila-bila. Oh ya, selepas tahun itu, aku menjadi semakin bersemangat mewakili sekolah dalam pesta pantun sehinggalah tahun 2011 (tingkatan 5) . Kecuali pada tahun 2009 aku tidak mengikutinya atas sebab-sebab tertentu.
Walau apa pun, aku merindui semua tentang pantun. Percaya atau tidak, aku masih boleh menulis pantun okay . Hiks.
Okaylah, jumpa di lain entri. Bye Assalamualaikum .

Comments
Post a Comment