Kegagalan mengajar aku erti kehidupan
Tahniah, kau berjaya!
Tapi di sebalik kejayaan yg kau pegang sekarang,
org x tahu bagaimana perit kau mencuba.
Keluar sedikit, kau pasti akan di humban oleh kata kata hinaan.
Berjalan sedikit, kau pasti akan terkena serpihan kaca yg berderai.
Melangkah sedikit, kau pasti akan terkena hujan yang menyakitkan.
Perasaan yang kau tanggung itu, kadang kadang seperti gunung berapi yg mahu meletuskan larvanya.
Kadang kadang seperti ribut yg membawa kerosakan.
Kadang kadang seperti angin yg berlalu pergi tanpa perlu kau hirau.
Sebenarnya,
Hati kau dah kuat.
Hati kau tak lemah.
Hati kau dah tahu mana arahnya.
Arah untuk kau pergi selamatkan segalanya.
Sama ada kau berdiri di kaki gunung berapi untuk sedia terbakar,
atau kau di terbangkan oleh ribut taufan yang menggila,
atau kau tetap kukuh berdiri di pasak bumi walaupun di tiup oleh angin yg mendamaikan.
Segalanya di tangan kau.
Dan akhirnya kau pilih untuk terus berdiri melawan segalanya.
Memang kadang kadang angin itu akan merosakkan segalanya,
angin akan menerbangkan semua yg kau ada,
tapi kau tak tahu,
yg angin juga akan sentiasa dapat menenangkan dan mendamaikan kau di kala kau gundah.
Angin akan menjadi kawan kalau kau tahu membelainya.
Kini kau sudah maju ke hadapan,
kau tak peduli dgn hujan yg menyakitkan,
sebab kau tahu yg hujan dapat di hentikan.
Bagi kamu yg masih terasa mahu berputus asa,
simpanlah secebis kekuatan untuk melawannya,
putus asa bukan hanya kau menyerah,
tapi putus asa maksudnya kau kalah.
Memang awalnya payah,
susah senang tu lah yang kau harus rasa.
pada awalnya memang kau rasa ingin mengalah.
tapi fikirkan nikmat di sebalik segala usaha.
Kau hanya perlu percaya dengan Allah.
Dia yg menentukan segalanya.
Kalau kau yakin, kau tak perlu resah,
sebab kau tahu apa akhirnya.
Kuatlah untuk terus menjadi kuat.
Sabarlah dalam bersabar.
Awalnya memang pahit tapi akhirnya pasti manis. Kau percaya, kau tenang. Kau tenang, kau berjaya. Assalamualaikum.
*Aku tak order kopi, aku hanya buat sendiri.*
Comments
Post a Comment