Duhai hati....
11 jan 2019,
Assalamualaikum dan selamat malam, ku rasa masih belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru utk semua pembaca blog aku ni (kalau ada lah hehehe).
Tajuk tu tunjukkan sesuatu tentang hati aku yg sedang rancak bergolak skrg ni. Aku senang utk berkongsi sekarang sebab aku tak ada tempat nak luah sebenarnya apa yg aku rasa ni.
Hmm, begini lah org d lamun cinta. Kadang rasa bahagia smpai aku rasa aku lah manusia paling gembira d dunia, kadang aku down sgt smpai aku rasa aku tiada harapan apa2, kadang aku rasa malu dgn diri sendiri. Banyak sebab yg buatkan aku rasa malu lihat diri sendiri. Malu mengenangkan aib yg penuh meliputi diri ni. Kalaulah aib itu mengeluarkan bau, aku rasa, busuk aku lagi teruk dari bangkai. Allahuakhbar. Aku nangis 😭.
Perasaan risau apatah lagi. Paling aku sentiasa rasakan kerisauan menuju masa hadapan. Aku sebenarnya tak sanggup nak teruskan hubungan tanpa ada ikatan ini tapi sebab sayang aku setia n aku bertahan. Klu boleh, esok juga aku nak kahwin. Tapi kenapa kahwin sekarang susah? Memerlukan sejumlah wang yg banyak?😭. Aku cuma nak menghalalkan hubungan ni sebelum pergi lebih jauh. Aku punya niat baik. Aku punya tujuan yg jelas. Aku nak kahwin! Kenapa org susah nak faham? Aku sedih. Aku hiba. Aku kecewa mengenangkan kepayahan utk mendirikan rumah tangga sekarang. Aku takut hidup dalam dosa. Aku takut esok aku tiada. Aku takut benda tu semua jadi. Aku takut mati dalam keadaan pendosa. Aku tidak mahu 😭😭😭.
Aku sakit berperang dengan emosi hari2. Aku jadi takut berhadapan dgn diri sendiri. Sampai kadang2 aku rasa aku ni manusia yg tiada guna. Aku tidak tahu knp aku sampai fikir mcm begitu.
Aku rindu diri aku yg dulu. Aku rindu kehidupan yg tiada permasalahan. Aku rindu gelak tawa yg ikhlas. Aku rindu ketenangan.
Aku banyak dosa. Aku tahu aku bersalah. Aku mahu kembali. Aku mahu ketenangan. Tapi hati aku rapuh serapuhnya. Aku tidak mampu bila orang yg aku sayangi pergi. Aku tidak mampu berdiri. Aku mahu menjaga kesemuanya.
Tapi aku cuma mahukan dia yg bertakhta di hati ini sekarang. Kerana aku tidak mungkin mampu untuk menerima yg lain datang ke dalam hidup aku lagi. Cukuplah dia. Kerana dia telah menerima diri ini. Dia telah menjadi seorang yg aku pilih dan percayai.
Aku harap dia mampu menjaga diri ini. Aku harap dia tidak tinggalkan aku sendiri. Aku harap dia tidak akan pergi. Aku harap dia akan setia di sisi. Aku harap, org yg telah aku berikan hati dan diri ini mampu menjaga segenap segi perihal diri dan hati. Aku percayakan kau. Kau jangan nodai hati ini.
Seikhlasnya kasih,
Wanita yg mencintai tanpa syarat dan ganti.

Comments
Post a Comment