Just live the life and don't forget Allah.

Assalamualaikum wbt,
Rasanya sudah lama jari jemari ini tidak bermain2 menaip sesuatu d blog ini. Rasanya, ingin sekali aku berkata-kata lagi di sini. Setelah sekian lama menyibukkan diri melakukan sesuatu untuk mendapat pendapatan sendiri. Aisehh.. Apa2 aku harap projek ku tu menjadi la yaa.. Mw tw apa? Korang doakan seja la aku pny novel d trima oleh pihak berkaitan. Harap2 sgt d'trima dan d jual d pasaran. Aamiin. Tak salah kn nak berkecimpung d dunia penulisan. Lagi satu projek aku buat masa cuti adalah tgk RUNNING MAN dri ep prtama smpai yg skrg. Haha.. Best ouh.

Apa pun, itu bukan cerita yang aq ingin smpaikan. Skrg aku nak kongsi pasal Keadilan dlm hidup. Jom tgk2 bawah. Jgn malas2. Tumbuk bru tau. xD

Hidup itu adil sebab semua ini Allah yang tentukan. Perancangan yang maha hebat. Yang tidak adil adalah manusia. Yang hanya berpangkat tinggi, jalan meninggi diri, sombong dengan kelebihan yang diberi, tidak ada harga diri mahupun nilai murni.

Adilkah kita apabila melakukan sesuatu maksiat? Sedangkan Allah sudah memberikan kita segalanya? Meminjamkan kita segala harta, pangkat, rupa dan sebagainya? Nampak sangat kita tidak adil dengan Allah.

Adilkah kita apabila kita menangis teresak untuk seorang ajnabi tapi bukan untuk bertaubat kepadaNya? Sedangkan Allah memberikan kita perasaan agar kita boleh mengenang kembali kesilapan2 kita dan terus tunduk sujud kepadanya. Nampak sangat kita tidak adil dengan Allah.

Adilkah kita bila mencintai seseorang ajnabi lebih dari Allah dan Rasulullah? Sedangkan semasa baginda Rasulullah hendak pergi meninggalkan umatnya, dia masih mengingati kita dan menyayangi kita. Malah baginda amat risau tentang keadaan umatnya semasa dia telah pergi.Dia tidak pernah lupa akan kita walau sesaat pun. Nampak sangat kita tidak adil dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Adilkah kita bila kita tidak mempertahankan Islam dan menjaga nama baik Islam dengan melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan larangannya? Sedangkan satu ketika dahulu, baginda Rasulullah dan para sahabat berjuang habis-habisan, bermati-matian untuk mempertahankan maruah Islam dari para musuh dan telah mengekalkan maratabat Islam di tempat tertinggi sehingga sekarang  Nampak sangat kita tidak adil dengan Allah dan Rasulullah.

Inilah yang kita selalu panggil hidup tidak adil? Sedangkan kita sendiri? Manusia tidak pernah adil.

Ingatlah, kita selalu melakukan kesilapan. Selalu. Maka  bertaubatlah selagi masih sempat. Mati tidak mengira umur, manusia atau apapun. Kau ada pangkat, harta atau rupa tidak boleh menjamin kau untuk hidup seratus tahun lagi. Jika kau ditakdirkan mati hari itu, hari itu lah juga kau akan mati. Jika kau fikir dengan bersenam atau makan makanan berkhasiat akan menyelamatkan kau dari penyakit dan tidak akan mati awal, bagaimana pula kalau kau mati dengan cara lain? Misalnya kemalangan, dibunuh, atau secara tiba-tiba. Apa yang pasti, jodoh itu tidak pasti lagi, yang pasti itu mati. Belum tentu kita akan kahwin tapi yang tentu kita akan mati. Mana tahu kita mati sebelum sempat berkahwin? Hanya Allah yang mengetahuinya.

Sedangkan Rasulullah SAW yang tiada dosa walau sekelumit pun setiap saat memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Apalagi kita? Yang setiap saat melakukan dosa? Allahurabbi. Berdosanya kita.

Jadi, tiada manusia yang perfect zaman sekarang. Kita semua dilumpuri noda. Dikotori dosa. Maka.bertaubatlah. Astaghfirullahalazim. (sekadar peringatan untuk semua juga buat diri sendiri.) Wallahualam.

Comments

Popular Posts