when i hear my voice inside~

Assalamualaikum w.b.t,
Hai sahabat alam maya sekalian. Apa khabar? hope korang sihat la yaa. ^^
Amboi, tgk tajuk mcm mau tulis apa seja la kan. hehehe.. aq saja-saja ja tulis-tulis ni. entah jgk mau crita apa? Just aq mw kasi tau, blog ku sudah berubah colour, background and aku dah tambah macam-macam kat sini ni. kalau dulu mcm tak sedap ja mata memandang. sekarang boleh tahan lah kan? (Wah angkat bakul gitu uollss..)

sekarang ni aku tanam anggur. ya lah kan lepasan STPM. menganggur pun sibuk jugak. bukan sibuk apanya, sibuk pasal UPU and so on. kadang-kadang tu stress jugak bila fikir mana tempat yang sesuai. ngam lagi aku ni budak sains. hah! susah gila nak cari Uni yg tawarkan tempat dengan pointer yang rendah-rendah ja.(Mcm mau jual barang puloookkk.) At last, I choose UMS as my first option. Ya lah, tempat ku sendiri. tapi tak cantik la belajar di tempat lahir kita. kan nak jalan-jalan p peninsular. Tapi apa pun, mana jak yang dapat tu kira ok lah kan. sebab dah benda memang susah nak dpt. what to do?

Sini aku nak cakap sikit, untuk adik-adik yang mahu menduduki SPM kan. bagus lah kamu start belajar dari awal. It's not easy u know. bukan nak takutkan tapi itulah hakikat. aku merasa ni semua. Lagi satu, kalau contohlah kamu terpaksa ambil Form6. pilih course yang bersesuaian ya. kalau ikut nasihat aku, janganlah ambil science stream. Very tough! So hard! kecuali lah, kalau kamu betul-betul yakin dengan diri yang kamu boleh angkat. (aku pun dulu terlebih yakin jugak! tapi last-last, semangat tu macam sudah tiada nak lalui ni. memang start dari sem 1 lagi aku dah sangat down apatah lagi bila keputusan sem 1 keluar. Naik sem 2, aku rasa aku makin teruk. macam dah tak da harapan. pernah satu hari tu, aku rasa nak keluar betul dari form6 ni. siap nak beli pin UPU untuk pengambilan sesi June 2013. Aku ingat tu. Tapi berkat sokongan orang-orang yang aku sayang, aku tak jadi nak apply. Aku kuatkan jgk semangat sampai aku habis. dan sekarang, semua beban yang aku pikul setahun setengah kira selesai. tinggal tunggu keputusan jak ni.)

Tapi tu lah STPM and matriculation. The hardest of course goes to STPM. One day my Sir told us, kalau STPM ni kita belajar sampai dalam-dalam. di gali terusss. Tapi kalau Matriks just touch the surface. Itu sir aku lah yang cakap. Tapi mungkin betul. sebab aku tengok kawan-kawan ku matriks tak lari dari pointer 3 and above. Kalau STPM, seriously I tell you, most of us will get pointer 2 and below. ada yang dapat 0.6, 0.8. Kalau dalam kelas ku of course Chinese paling tinggi. 3.33. yang lain hampeh! Padahal dalam kelas ku tu kebanyakan masa SPM dapat 8A, 9A and 10A. memang jelas terang bersuluh STPM susah.

kalau pasal kebaikan STPM ni aku rasa ada satu ja, kalau kau masuk U, kau tak perlu bimbang dengan subject. sebab mostly, semua kau dah belajar masa STPM. kira enjoy lah berbanding Matriculation and foundation. Tapi aku tengok kat syarat kelayakan mana2 U, STPM, matriculation and foundation, just the same! tu yang aku tak puas hati. kiranya macam kami ni tak da beza lah kan. ya lah, dah STPM memang paling susah tapi syaratnya sama ja. (terasa macam di anak tirikan.). aku rasa kalau dia orang ckp budk STPM yang paling di cari dan first sekali di ambil untuk masuk mana-mana  U, macam tak betul lah. bukan apa, cuba bayangkan, budak STPM kebanyakan dapat 3 pointer and below manakala kalau budak Matriks 3 pointer and above. Takkan dia orang nak ambil budak STPM jugak kan? mestilah dia orang ambil budak-budak yang dapat pointer 3 ke atas. Tu lah aku tak habis fikir lagi ni. mana U aku nak masuk. Nak jangka pun susah. Apa pun tu dah memang rule dia. kita terima jeeee.. Saya ok saya dah besar (sangat kan?).

Apa pun, sedia seja lah untuk SPM kamu wahai adik2. aku rasa dah banyak kali aku bagi nasihat untuk budak-budak mau ambil SPM ni supaya belajar betul-betul. Aku dulu, benda yang paling aku tak nak lah ni masuk form 6. tapi itu jugaklah aku dapat. rezeki ALLAH jadi aku terima dengan redha. Aku yakin dnegan aturannya. Pasti di hadapan ada sebabnya kenapa kan. tinggal teruskan perjalanan ja. banyak aku belajar dari dulu pasal rezeki. start dari aku form 1 aku nak masuk SMS. (Sekolah menengah sains.) tapi tak dapat. Form 4 aku nak masuk MRSM. tapi tak dapat. dan masa lepas SPM pasal UPU, Matriks atau Maktab pun tak dapat. Tapi sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Apa pun kan, set mind kamu, semua ini rezeki yang sudah di tentukan ALLAH untuk kita. Apa pun yang kamu dapat, ingatlah itu semua dari DIA yang MAHA ESA. DIA tahu semua yang kamu inginkan. Tapi DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu. DIA pastinya menguji kamu sejauh mana kamu percaya dengan takdir yang ditentukannya. Kalau memang di situ rezeki kamu, maka di situlah jugak tak kira berapa banya obstacle yang kamu lalui. Tapi kalau kamu berusaha sejauh mana pun, kalau bukan tempat kamu di situ, maka bukanlah jugak. DIA pasti akan memberikan yang lebih baik dari apa yang kamu bayangkan. DIA pastinya tahu apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang apa yg kamu rasa baik itu bukanlah benda yang memang baik dan benda yang kamu rasa jahat itu, bukanlah benda yang memang jahat. Apa pun terima dan jangan lupa bersyukur. Walau bagaimana pun susahnya hidup kamu, ingatlah masih ada orang yang lebih susah. Susah yang kamu tidak dapat bayangkan. Kalaupun kamu masuk Form6, bersyukurlah kerana kamu masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran biarpun di tempat atau course yang kamu tidak suka. Mana tahu satu hari nanti, kamu akan tersuka padanya dan mana tahu, disitu lah perjalanan kamu ke menara gading bermula. Ingat! Semua pasti ada sebab. dan pastinya sebab yang terbaik untuk kamu dan orang sekeliling! ALLAHUAKHBAR!

*Aku cerita ni sebenarnya ingin menenangkan jiwa aku yang semakin risau ni.*
*Apa pun doakan aku ya supaya dapat lah masuk U mana-mana ja.*
*Sorry sebab pakai bahasa rojak. HAHAHA. Ok Lah, bye, annyeong! Kamsahamnida! Arigato! Muchas Gracias! See you soon. Assalamualaikum.*

Comments

Popular Posts