PENGHAYATAN SEPULUH MALAM TERAKHIR
Assalamualaikum readers,
Salam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Pada kemuncak bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua orang ini, aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf andai selama ini aku ada buat salah dengan korang. Kita manusia, sentiasa terleka. Ada ketika aku terasa, ada ketika kamu terasa. Jadi, ampun!
Apa yang aku nak coretkan buat kita semua adalah sekadar satu penghayatan pada malam yang hening dan indah ini. Aku sedar, kita sebagai makhluk yang kerdil lagi hina ini sering sahaja lalai dan leka dengan segala jenis permainan dunia. Ada kala kita tersungkur rebah, ada kala kita bangkit berani.
Aku tahu kita sering mahukan apa yang kita mahu kerana kita yakin bahawa benda itu adalah yang sebenarnya terbaik untuk kita. Namun seringkali kita gagal mendapatkannya. Bukan sebab kita tidak mampu namun sebab benda itu sebenarnya bukan untuk kita. You get me?
Hidup kita selalu ditentukan dengan satu ketentuan yang membuatkan kita sedih pada awalnya namun berhikmah pada akhirnya. Sebab itulah ramai sekali orang berkata, "jangan bersedih, pasti ada hikmah di sebaliknya." Aku tahu agak susah untuk menerima takdir yang kadang-kadang menjadikan kita lemah dari seorang yang kuat. Tapi kuncinya di sini, apa sahaja yang diberikan pada diri kita itu adalah yang terbaik sebenarnya.
Bila kau tidak mendapatkan rezeki yang kau mahukan, bersabarlah. Kerana Allah lebih mengetahui semuanya. Bukan aku tidak pernah duduk di tempat itu. Tempat yang membuatkan ramai orang bercakap bukan-bukan terhadap aku. Sampai satu tahap kawan baik sendiri melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati. Hah! Hal itu sebenarnya menjadikan kita kuat. Orang sebenarnya tidak nampak usaha kau lakukan. Mereka hanya tahu berbicara tanpa memahami semuanya. Jadi nasihat aku, bersabarlah dan teruskan perjuangan.
Korang tahu tak, kita semua akan mati satu hari nanti? Haha what a question. Pastilah korang tahu kan. Cumanya ramai yang tidak sedar. Masih diulit mimpi dunia. Sebelum aku akhiri penulisan ini, aku mahu korang bayangkan saat kematian itu bagaimana. Ke mana kita pergi? Bagaimana kita sendiri di dalam itu di alam lain yang terlalu asing bagi kita. Sendiri. Berjalan dan mendapat balasan dahsyat jika kita ini ingkar. Tiada siapa yang membantu bukan seperti hidup di dunia. Kali ini sendiri . Bagaimana hidup kita waktu itu? Korang tak rasa gerun kah?
Ingat semua itu membuatkan aku teringat dengan orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita . Bagaimanalah keadaan mereka ? Innalillah wainna ilaihi rajiun. Al Fatihah.
Yang pastinya, masa kita pasti akan menyusul nanti. Bersediakah?

Comments
Post a Comment