There's always one thing that makes you look wise than others, it's knowledge.
Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam Malaysia baharu dan salam sejahtera.
This is my first entry for this year since I malas nak post any content . So, I hope it is not too late to wish, selamat tahun baru 😂
So yeah, if you all perasan, every entry I will make sure that my title was the bomb ! (Actually not really) but it make sense with my content right. Sometimes it's going too deep but nvm. Kih kih kih . So ofc, today I will write about knowledge.
From now on sampai habis entri ni, I will use Bahasa Malaysia only untuk buat korang lebih faham dan tidak meluat membacanya.
Pertama sekali, semua antara kita pasti cemburu dengan melihat mereka yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Sememangnya ilmu itu adalah satu hal yang membuatkan kita celik dalam berfikir dan cerah dalam memandang.
Sebelum terlambat, aku ingin mengucapkan tahniah kepada jutaan rakyat Malaysia yang turun mengundi dan memilih mereka yang berkelayakan. Tak perlu dipertikaikan hasil keputusan kerana sememangnya ini yang Malaysia mahukan. Kau tahu sendiri negara ini adalah negara demokrasi. Kepimpinan yang dipilih melalui pilihan raya. Siapa yang pilih? Semestinya kita.
Apa-apa pun, aku melihat Malaysia sekarang diterajui oleh barisan menteri yang berwibawa. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yamg patut dicontohi. Aku boleh katakan bahawa mereka adalah contoh pemimpin berkaliber. Bagaimana aku tahu? Melalui pembacaan. Melalui pemerhatian dan melalui pengalaman .
Aku ceritakan kisah ini, aku pernah duduk di negeri yamg diditadbir kerajaan sekarang (Selangor dan Pulau Pinang) dan aku boleh katakan kedua-dua negeri ini sangat maju. Semua kemudahan ada malah percuma kepada rakyat. Masalah air di Selangor? Sebenarnya itu tidak pernah menjadi masalah kerana aku rasa di tempat aku sendiri (Sabah) pun masalah air itu tidak dapat dielakkan. Lagipun masalah air itu tidaklah sampai berhari-hari. Jadi perkara itu adalah biasa bagi aku. Takkanlah kita nak tengok keburukan yang sedikit dibandingkan kebaikan yang banyak. Bagi aku tidak ada masalah pun bagi peluang kepada kerajaan baru ini mentadbir negara. Baru sebulan memerintah takkan kita dah minta macam-macam kan. Tunggulah dan bersabarlah.
Jadi, apa kaitan pemerintahan baru dengan ilmu? Hahaha okay, sebenarnya bila aku lihat barisan kepimpinan yang berintelektual ini, aku pun menjadi bersemangat waja ingin mentelaah semula buku-buku atau bahan bacaan tentang sejarah dunia, sejarah islam, sejarah malaysia dan sebagainya. Rasa hati ini berkobar-kobar mengkaji semua tentang tamadun bangsa , pemerintahan, zaman kejatuhan dan semua tentang dunia. Walaupun masih terlalu baru untuk merangkak dalam sejarah-sejarah ni, aku akan cuba sampailah aku dapat ilmu itu.
Korang tak rasa kah bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang penting. Penting kan? Jadi jom lah kita belajar bersama. Tak kira lah tentang apa sekalipun asalkan namanya ilmu pengetahuan. Kih kih. Dengan adanya ilmu, ia memudahkan kau meluahkan pendapat, berdebat cara baik, memberi ajaran dan berkomunikasi dengan masyarakat. Dari asyik membawang ja, lebih baik kita membaca kemudian bolehlah bercerita tentang benda yang bermanfaat dibanding mencanang aib orang sahaja kan. Jadi, jom kita buka buku. 📖

Comments
Post a Comment