ceritera kita (ep 2)

Pada waktu rehat mereka, Tiara dan Iqram bersama-sama ke  kafeteria yang berdekatan. Keadaan di sana amat sesak dengan pelbagai jenis orang. Tiara berasa amat tidak selesa. Tapi dia terpaksa mengikut Iqram lagipun perut mereka sudah berkeroncong.

Hari ini Iqram tidak bersama dengan kawan-kawannya kerana ingin menemani Tiara. Dia sudah berjanji kepada Tiara untuk menjadi bodyguard tetapnya. Sebenarnya Iqram tidak kisah langsung jika menjadi penjaga Tiara semasa di Universiti atau di luar sebab dari dulu lagi hati Iqram sudah terpaut dengan Tiara. Namun Tiara tidak pernah mengetahui hal ini dan Iqram mengambil langkah supaya berdiam dahulu sebab takut hubungan mereka menjadi renggang.

Di kafeteria Tiara bertanya pada Iqram mengenai sahabat baiknya yang belum kelihatan dari tadi. Iqram menyuruh Ismet iaitu sahabat baiknya untuk datang ke kafeteria untuk berjumpa Tiara. Tapi sampai sekarang belum muncul lagi.

"Ram mana kawan kau merangkap belangkas kau tu hah?? Kenapa lama sangat???" Tiara mula rasa tidak puas hati dengan kelambatan Ismet.

"Kau ni, sabarlah sikit. Mungkin dia tengah menghabiskan masa dengan ikan-ikan keliling pinggangnya tu kot." Iqram berterus terang. Sebetulnya Tiara faham dengan apa yang di maksudkan Iqram. Dia mendengus.

"lain eh perangai kau dengan sahabat dunia akhirat kau tu? Sapa entah nama dia... Is..is.." Tiara cuba mengingat.

Tiba-tiba kedengaran suara dari arah belakangnya. Seorang lelaki yang berbadan sasa dan berwajah kacak ala ala bintang korea itu berkata.

"Ismet Imtiyaz!"

Tiara yang duduk berhadapan Iqram ternganga seketika.

'suara itu.' Dia berkata sendiri dalam hati lantas dia terus berpaling tanpa menghiraukan Iqram di hadapan.

Hatinya berdegup laju apabila melihat wajah lelaki itu terang-terang di hadapannya. 'putihnya..kacaknya..bersihnya..' Tiara bermonolog sendiri dalam hati. Serta merta dia mengingat kejadian tadi pagi. Dia terus menghadap ke hadapan kembali.

Ismet mengambil tempat di sebelah Tiara. Dia terus duduk dan menongkat dagunya lalu menghadap Tiara sambil tersenyum. Perbuatan itu amat tidak di senangi Tiara. Iqram yang ada di hadapan matanya langsung tidak diendahkan. Dia benar-benar tidak selesa dengan kelakuan Ismet.

"Ram, mana kau dapat dia ni? Cantiklah. Aku rasa macam nak cubit je pipi dia." Ismet bersuara dan mengejutkan Iqram.

Iqram mula berasa lain macam dengan perangai Ismet. Dia bersuara. "Eh, jangan nak main cubit-cubit. Dia aku punya. Kau punya dah banyak." Iqram terlepas cakap.

Tiara terkejut dengan ayat yang dikeluarkan itu. Tapi segera dia menepis fikiran negatifnya. 'Ah, Iqram berkata begitu sebab ingin menyelamatkanku dari si lelaki perasan ni.'

"Eh, tapi kan ram. Kau tak sesuai dengan dia. Dia ni ganaslah. Kau baik. Kalau dengan aku baru sesuai." Ismet berkata sambil menyindir Tiara.

Hanya mereka sahaja tahu apa yang berlaku tadi. Iqram yang tidak tahu apa-apa itu berdian sahaja. Suasana kembali menjadi senyap sehingga selesai mereka makan.

Dalam perjalanan pulang, Ismet sempat berkata kepada Tiara semasa ketiadaan Iqram kerana Iqram ke tandas terlebih dahulu.

"Kau cantik la. Aku rasa aku sudah mula jatuh cinta kat kau la. Aku minta maaf pasal tadi pagi. Mungkin sebab mood aku tak berapa baik." Dia meluahkan terus apa yang di rasanya.

Tiara amat terkejut dengan kelakuan Ismet itu. Hampir sahaja dia pengsan mendengarkannya. Tapi di gagahi juga hatinya untuk menjawab.

"Tak...tak.. apa.. Aku ok..je.." Tiara tergagap.

Ismet ketawa kecil. "Aku harap kau sudi berkawan dengan aku Tiara. Aku ikhlas." Ismet kembali mengegarkan hati Tiara. Tiara hanya diam seribu bahasa sehinggalah Iqram muncul semula.

Ismet meminta diri kerana dia juga ingin balik ke rumahnya. Iqram dan Tiara juga berlalu. Dalam kereta, mereka berdua hanya mendiamkan.diri. Iqram tidak tahu apa yang berlaku dan dia mengambil keputusan untuk berdiam. Sebenarnya hatinya juga terusik dengan kata-kata Ismet tadi. Tapi dia cuba menepis. Dia yakin Ismet hanya bermain. Mana pernah Ismet jujur dengan perempuan.

Mereka berdua sudah sampai di rumah masing-masing. Baru sahaja Iqram melangkah ke bilik, telefon bimbitnya berbunyi. Terpapar nama Ismet di skrin telefon.

"Ram, aku nak minta nombor Tiara."
Ismet menyatakan terus hasratnya dan membuatkan Iqram terkejut.

"Kenapa? Kau nak apa kat dia?" Agak tegas sedikit suara Iqram di hujung talian.

Namun itu langsung tidak mengganggu keinginan Ismet.

"Ram, aku rasa aku dah.. dah jatuh.cinta kat dia." Ismet berterus terang.

Iqram pada masa itu rasanya ingin pengsan dan ingin marah tapi dia siapa untuk Tiara?

Iqram hanya mampu berkata. "Kau serius Met?"

"Ya, aku serius..Aku rasa aku dah mula jatuh cinta. Aku tak pernah rasa macam ni dengan perempuan lain. Tolonglah aku Iqram." Ismet bersungguh.

Iqram hanya terdiam seribu bahasa. Sejujurnya dia juga amat mencintai Tiara dari dulu sampailah sekarang dan dia juga amat pentingkan persahabatannya dengan Ismet. 'Apa yang harus aku lakukan?' Dia berkata dalam hati.

(bersambung)....

Comments

Popular Posts