sambungan (kemana kasih itu menghilang?)

Wanita itu menangis sambil teresak-esak..
'kalau aku terus begini, sampai bila pun aku tak akan terkeluar dari penjara ini. aku mesti keluar cari jalan.'

sedang wanita itu senyap-senyap keluar mengikut pintu belakang, dia ternampak telefon bimbit suaminya di atas meja.

'ahaa..lagi senang rancangan aku.' wanita itu terus mengambil telefon bimbit tersebut dan menelefon pihak polis.'

selesai sahaja dia menelefon pihak polis, suaminya datang dari arah bertentangan dan meluru mendapatkannya.

dengan tindakan yang pantas, wanita itu terus berlari keluar. namun, belum sempat kakinya melangkah keluar pintu, tangannya segera di sambar oleh lelaki itu.

'abg, lepaskan saya!'

' apa kau buat ni hahh?!! kau mau ke mana!!? kau fikir kau boleh lari dari aku??' suaminya menjawab sambil ketawa sinis..

'ya,saya akan lari dari abg. sekejap lagi polis sampai utk tangkap abg.'

' apa?!! kau dah gila?? betina murah!!dasar isteri derhaka!' lelaki itu menjadi gila dan secara tidak sedar dia mengambil pisau yang berdekatan lalu menikam perut isterinya..

lelaki itu menjadi tidak menentu. sambil menangis dia berkata. 'apa yg sudah kau buat ni?!! kenapa kau tikam org yg paling kau cinta???'

polis yang entah bila sampainya terus menangkap lelaki itu dan terus menghubungi pihak hospital. Isterinya meninggal dalam perjalanan ke hospital.

'Encik, boleh benarkan saya utk melawat isteri saya?' lelaki itu merayu.

Dia pun di bawa ke hospital oleh beberapa org anggota polis. tiba2 datang seorang wanita bersama seorang lelaki tua mendekatinya.

'kau penjahat!! pembunuh!!! kenapa kau dera anak aku sampai kau bunuh dia??? mungkin memang begini kehidupan org miskin mcm kau!!' wanita itu menjerit dan menggila...

lelaki itu hanya mampu menangis dan terduduk. Anggota polis yg nembawanya tadi segera membawa lelaki itu keluar dari hospital.

Beberapa tahun kemudian,

'Assalamualaikum.' Seorang lelaki memanggil dari luar.

'Walaikumussalam, ya encik. cari siapa? seorang wanita tua keluar dari pintu rumah tersebut.

'Kami nak serahkan surat ini kepada.makcik. Ada seseorang yang menulis surat ini ketika dalam penjara dan menyuruh kami menyerahkannya pada makcik.'

'oh, silakan naik dulu encik.' makcik tua itu mengajak mereka naik.

dalam surat itu tertulis...

Assalamualaikum mak, mungkin saat mak dapat surat ini, saya sudah tidak ada lagi di bumi ini. Saya ingin mohon ampun dan maaf mak sekiranya selama ini saya melukakan hati mak. saya ingin mak tahu, saya sayang mak sangat-sangat. saya berdosa kerana menipu mak dan mengabaikan mak. dulu, bapa meninggal semua disebabkan saya mak. waktu mak keluar pergi pasar, bapa ternampak saya sedang menghisap gam dalam bilik. bapa amat marah dgn kelakuan saya mak. sampai satu peringkat kami bergaduh besar dan secara tidak sengaja saya terbunuh bapa. saya sangat minta maaf atas dosa dan khilaf saya.. saya telah di tahan pihak polis disebabkan saya membunuh isteri saya mak. saya sendiri tidak menyangka saya sekejam itu. dua insan yang saya sayang telah mati di tangan saya. selama saya bekerja d bandar, saya bekerja sebagai seorang samseng yang telah menjual beratus wanita termasuk isteri saya. mak, saya minta maaf kerana telah mengkhianati kepercayaan mak. saya mahu mak tahu saya buat semua ini bersebab. saya tidak mahu keluarga kita dihina lagi. itulah saya mengambil risiko menjadi seorang samseng dan mengahwini anak orang kaya. saya minta maaf.. saya sayang mak sangat-sangat..

Air mata yang tidak dapat dibendung melimpah keluar.

'encik, di mana orang yang menulis surat ini?' wanita itu bertanya sambil teresak.

'beliau telah dihukum gantung sampai mati makcik.' pegawai polis itu berkata.

Akhirnya wanita itu pengsan tidak sedarkan diri.

'tunggu mak di sana anakku..mak akan menyusuli kamu. mak sayang anak mak.' 

Comments

Popular Posts