Dikala terimbas kenangan lalu.
Jatuh bangkit kita lalui
Panas hujan kita tempuhi
Bersama berjalan bersama berlari
Titian panjang bersama kita jalani.
Rindu aku pada kenangan lalu
Dibuai dengan lagu yang syahdu
Dibelai dengan tawa yang lucu
Itulah kita sahabat, dalam mencari dimana tempatnya ilmu.
Dikala aku hilang arah tuju
Kau tunjukkan aku apa yang perlu
Kau hulurkan tanganmu
Untuk membawa ku jauh dari situ.
Tapi itu semua dulu
Sekarang segalanya tidak lagi seperti itu
Maafkan aku kerana perlu berlalu
Jauh disudut hati ini aku sangat tidak mahu.
Jujur aku rindu
Semua yang dilalui oleh kau dan aku
Akan ku simpan puisi kenanganku
Bersama kalian yang sentiasa ada dalam hatiku.
Andai satu hari nanti
Kamu terjumpa pengganti diri ini
Layanlah dia seikhlas hati
Kerana aku pasti, dialah yang akan kembali mewarnai.
Kenanglah aku selalu
Bukan hanya pada doamu
Tapi juga di setiap waktu
Begitu juga akan ku simpan semua episod hidupku bersama kamu.
Inilah pengakhirannya
Mungkin kita akan bertemu di alam sana
Jika diberi kesempatan inginku ulang kembali kisah kita
Namun apakan daya
Itu hanya khayalan semata.
Terima kasih untuk semua
Kerana kalian aku berjaya
Berada di tahap ini aku gembira
Sekali lagi terima kasih kerana mewarnai hari-hari kita bersama.
Just for all my friends who know me. I love u all.. :D
Comments
Post a Comment