Ceritera kita.

Hari yang di tunggu-tunggu oleh Tiara kini menjelang tiba. Hari ini adalah hari pertama dia mendaftar di Universiti yang dia pilih. Awal pagi lagi dia bersiap-siap untuk memperkemaskan diri nya untuk ke universiti tersebut.

Sebelum dia melangkah ke luar bilik, dia sempat menghubungi sahabat baiknya, Iqram. Dia ingin mengetahui keberadaan sahabatnya itu kerana Iqram adalah pelajar tahun akhir di universiti yang sama. Kiranya Tiara ingin ke universiti bersama-sama Iqram.

"Assalamualaikum, Iqram." Kedengaran suara serak-serak basah Tiara di hujung talian.

Iqram yang masih di katil menjawab malas. "Ya ara, kenapa?"

"Aik? Takkan masih tidur lagi? Hari ni aku mendaftar lah. Kau tak ingat ke?? Kau kata tempoh hari nak ke Universiti sama-sama." Tiara membebel pendek.

"Alamak Tiara. Aku lupa. Sorry. Aku bersiap sekejap. Dalam Setengah jam begitu aku dah ada kat depan rumah kau. Jangan risau." Iqram menyedapkan hati Tiara.

Tiara menunggu Iqram dengan sabarnya. Sambil dia bersarapan bersama Ibu dan ayahnya dia bercerita serba sedikit tentang ketidaksabarannya untuk menyambung pelajaran di universiti tersebut.

Dalam setengah jam lebih barulah Iqram muncul di hadapan rumahnya. Iqram merupakan anak orang kaya di mana ayahnya adalah seorang ahli perniagaan dalam bidang fesyen. Manakala ibunya pula adalah pemilik beberapa persatuan di negara ini. Iqram dan Tiara berkawan sejak mereka kecil lagi. Mak dan ayah Tiara pernah bekerja sebagai orang gaji di rumah Iqram dahulu sebelum bekerja sendiri membuka gerai di tepi jalan.

"Kau cakap setengah jam dah sampai. Ni dah 40 minit. Kita dah lambat lah Ram." Tiara menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Iqram.

"Amboi makcik oi. Tak sabar nampak. Jangan risau lah, kita bukan kat sekolah pun. Tak da nak tulis nama pun. Ataupun kau ni nak jumpa ehem ehem?" Iqram cuba bergurau.

"Sudahlah kau. Malas nak layan! Cepatlah jalan." Tiara merungut.

Iqram di belakangnya ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan Tiara. Dia suka menyakat Tiara sebab dia tahu Tiara tidak pernah marah. Belum pernah pun dia nampak Tiara marah. Mungkin kalau satu hari nanti Tiara marah tiba-tiba, maksudnya orang yang dia marah itu betul-betul tidak boleh di maafkan.

Kereta Iqram yang mewah itu meluncur laju di jalan raya. Dalam kereta mereka hanya berdiam. Iqram tidak selesa dengan keadaan
itu. Dia terus menyapa.

"Kenapa kau diam? Takkan lah marah kot?" Iqram memecah kesunyian di antara mereka.

" Iqram, kat sana nanti aku tak da kawan lah. Risau aku." Tiara.menyatakan kegusarannya tanpa menjawab soalan Iqram.

" lah... aku ingatkan kau marah kat aku tadi. Rupanya itu yang kau fikir. Jangan risau lah Tiara. Aku kan ada. Buat masa sekarang kau ikut je ke mana aku pergi." Iqram jujur berkata.

"Alah.. takkan lah aku nak ikut kau ke mana-mana. Kalau kau ke tandas pun aku mesti ikut la??" Tiara membalas.

"Kalau kau nak apa salahnya." Iqram berkata diikuti ketawa kecil. Tiara memukul bahunya dengan kuat sehingga Iqram kesakitan.

"Eh, tapi kau ramai peminat lah. Nanti orang cemburu nak buat macam mana? Aku juga yang kena." Tiara berkata.

"Tak apa la. Kau kan kuat ada six packs. Kalah dia orang semua. Sekali tumbukan dah pengsan." Iqram menyakat dan akhirnya mereka ketawa bersama. Begitulah akrabnya hubungan mereka berdua.

Sampai di tempat pendaftaran,seperti yang dijanjikan Iqram menemani Tiara. Tiara merasakan banyak mata-mata yang memandang keintiman mereka berdua. Tapi apa Tiara pedulikan. Asalkan mereka tidak melakukan kesalahan sudah lah. Lagipun, Tiara sedar Iqram adalah orang yang famous di Universiti tersebut. Mengikut cerita Iqram, dia ada seorang kawan rapat yang juga anak orang kaya dan amat terkenal di Universiti tersebut. Tapi sampai sekarang tidak kelihatan.

Dalam kesesakan, Tiara terlanggar seseorang mengakibatkan semua barngnya jatuh ke lantai. Iqram tiada di situ kerana dia ada kuliah. Maka tinggallah Tiara sendiri.

Lelaki yang nampak kelam kabut itu memarahi Tiara di khayalak ramai.

Dengan suara yang kuat di berkata,
"kau buta ka apa? kau tak nampak aku nak jalan tadi ke?!" Dia berkata lantang.

Entah kenapa Tiara tiba-tiba berasa naik darah apabila melihat lelaki tersebut. Dia juga turut terlepas cakap.

"Oi lelaki! Kau yang langgar aku, kau pula yang nak marah aku? Dah salah mengakulah salah!!" Tiara melepaskan kemarahannya.

"Amboi ganasnya perempuan ni. Kau fikir kau siapa? Oh, patutlah budak baru mendaftar ya??? Tak apa, kau masih tak kenal aku siapa. Aku maafkan." Lelaki itu berlagak dan terus berlalu pergi.

Fikiran Tiara mula berfikir tentang lelaki tadi. 'Ah, kenapa aku ni, asyik terfikir tentang lelaki itu.' Tiara berkata sendiri dalam hati. Tiara mengaku ketampanan lelaki itu. Memang dia sangat bergaya. Fikirannya kembali melayang.
'Ah, siapa lelaki itu.......'

(bersambung)

Comments

Popular Posts