Hidup dalam realiti memang menyakitkan tapi itulah hakikat.

Bila seorang sayang kamu sangat-sangat, sentiasa dia pandai untuk ambil hati kamu.. Tapi bila orang yang sayang dia, lihat dia terlalu memberi perhatian pada kamu, pasti akan timbul perasaan cemburu.

Sebenarnya, orang yang jadi mangsa adalah orang yang disayang itu. Kenapa? Sebab dia berada dalam kekeliruan untuk menjaga hati kedua belah pihak.

Mungkin, apabila orang luar nampak keadaan sedemikian, pasti mereka akan berkata... 'untunglah dia, disayang oleh c pulan bin c pulan'..

Sebenarnya, itu hanya pada pandangan mata kasar. Tapi orang yang disayang itulah sebenarnya yang terseksa.. Dia tidak pernah mengharapkan benda itu berlaku. Mereka tidak tahu sampailah dia boleh di benci oleh semua orang.

Sebenarnya apa yang saya ingin tegaskan di sini, apa pun benda yang kita nampak dari pandangan mata kasar kita tidak semuanya benar..

Satu contoh lagi, tapi situasi lain dari yang tadi...
Apabila seseorang melakukan kejahatan.
Semua orang menuduh dia dan berkata dia lah penjahat, dia lah pembunuh dia lah itu dia la ini.. Semua perkara negatif akan terkeluar.

Tapi sebenarnya orang tidak tahu kenapa dia ingin melakukan perkara itu. Pasti ada satu sebab kenapa dia ingin melakukan perkara itu. ( saya bukan ingin menyokong perbuatan jahatnya) .

Tapi segala sesuatu yang ingin kita lakukan harus difikirkan dahulu kesannya sebelum semua masyarakat menuding jari ke arah kita. Dalam konteks ini, saya sangat bersetuju dengan masyarakat yang dapat membuka mata si pesalah yang telah melakukan banyak kesalahan ..

Sebab apa? Sebab, biarpun dia ada sebab yang kukuh kenapa dia melakukan perkara itu, tapi dia tidak mampu berfikr sehinggakan mengambil jalan yang salah.

Mungkin, kadang-kadang apa yang masyarakat cakapkan itu sangat mengguris hati dan perasaan.. Tapi kadang-kadang apa yang dikatakan mereka itu ada benarnya.

Cuma kita yang tidak boleh menerima dengan baik. Sebab apa? Sebab kita ego. Kita cuba pertahankan diri kita biarpun kita tahu kita yang salah.

Ya, sebenarnya kalau mau jadi orang yang di hormat, di sayang, di pandang tinggi kita harus, wajib, mesti, perlu merendahkan ego kita. Memang susah bila kita perlu tahan malu, tahan kritikan, tahan hinaan dan tahan makian dari masyarakat. Tapi sebenarnya benda itulah yang akan membentuk diri kita supaya jadi lebih berjaya.

Selalu orang cakap, 'lebih baik diam daripada bercakap'. Memang betul. Tapi semua itu tidak mudah dilakukan. Apalagi bila melibatkan orang yang kita sayang. Contohnya ada orang yang merendah-rendahkan keluarga kita ataupun maruah keluarga kita. Tapi sebenarnya kita boleh cuba untuk bersabar dan senyum sahaja bila diperlakukan seperti itu.

Nampak macam gila kan? Tapi sebenarnya betul. Kalau benda itu langsung tidak betul untuk apa kita mau marah. As long as, kau tau sendiri yang keluargamu tidak seperti yang diperkatakan.

Ni satu nasihat ataupun cara untuk menyakitkan hati orang yang selalu menyakitkan kita.
Apabila dia sudah berkata yang bukan-bukan tentang diri kita, kau hanya perlu senyum dan diam..cuba kawal kemarahan kau. Lepas tu kalau dia sudah habis bercakap, kau balas macam ni, 'ok, dah habis kan, terima kasih' sambil memberikan senyuman manis. Nescaya, hati orang yang menyakiti kamu tu seperti dirobek-robek sampai hancur. Tak percaya? Sila cuba...

Apapun, jangan la mau tunjukkan kamu kuat di depan dengan cara mencari pasal dengan orang lain. Dengan cara itu, orang tidak akan menakuti kamu tapi orang akan MENYAMPAH!

Bagi aku, orang yang selalu mencari gaduh, mencari pasal dengan orang lain adalah orang yang paling lemah. Sebab dia hanya menutupi kesalahannya dengan bergaduh. Pengecut la katakan..

Dan orang yang paling kuat adalah orang yang sentiasa sabar bila diperlakukan tidak baik. Hinaan, kutukan, cacian, makian semua itu dia lalui dengan sabar.. Dan aku sangat mengangumi orang seperti ini. Seperti Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah marah biarpun diperlakukan macam-macam. Kenapa tidak kita seperti baginda?.. Cubalah..anda pasti berjaya..

Sekian.. Terima kasih kerana sudi baca entri kali ini.

Comments

Popular Posts