Idea melimpah ruah....

Assalamualaikum, Hai.. Rasanya di garu-garu hati ini untuk tulis entri baru di blog ni.. Baru seja semalam menulis, hari ni menulis lagi...

Bukan apa, macam idea tu datang melimpah ruah.. Entah la knp..haha..ok forget about that.. Sekarang aku mau cerita pasal EGO..

Hahhh..kalau di entri lain aku suda cerita pasal Hidup, pasal cinta, pasal sahabat dan macam-macam.. Biarpun ramai yang tak baca(mood sedih), tak apa la.. Lagipun saya menulis bukan untuk jadi femes...saya menulis sebab saya suka menulis. Dan apa yang aku tulis di blog ni pasti ada kaitan dgn kehidupan seharian yeeee...

Ego......

Satu perkataan, dua suku kata, senang disebut lebih-lebih lagi senang untuk sebati dalam diri. Tapi!!! Susah untuk kita buang sifat itu.

Semua orang ada ego. Kalau di tanya kenapa. Jawapannya biasalah manusia kan... Klishe puloookkk... Apapun ego tu sifat ataupun habit yang paling buruk ada dalam diri kita.

Ok di sini aku mau bagi beberapa situasi yang kena dgn tajuk ego ni. Kalau ada yang terasa mohon di maafkan ya.. Bukan sengaja, sekadar memberi pengajaran. Tak salah kan?

Situasi A:
Dua orang kawan rapat sedang bergaduh di sebabkan satu perkara. Kedua-duanya tidak mahu mengalah meskipun masing-masing sedar mereka ada salah sendiri. Sehingga berminggu, berbulan mahupun bertahun hubungan mereka tetap tidak baik.

Situasi B:
Sepasang pasangan yang bercinta bergaduh disebabkan salah si lelaki. Meskipun dia tahu itu adalah salahnya namun dia tetap berkeras untuk melihat si perempuan bersedih dan menangis sehingga perempuan itu yang meminta maaf dahulu.

Situasi C :
Seorang rakan yang pandai dalam semua subjek langsung tidak mahu mengajar rakannya yang lain disebabkan terlalu bangga dengan kepandaian diri sendiri.

Situasi D :
Seorang lelaki yang terlalu bangga dengan diri sendiri dan sentiasa memperlekehkan orang lain kerana kononnya dia tahu segalanya tentang semuanya di dunia ini.

Nahh...itulah situasi-situasi yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Jangankan berlaku depan orang lain sahaja, mungkin juga berlaku di hadapan kita.

Baiklah,
Kita cerita satu persatu.
First, untuk situasi A.
Mereka bergaduh disebabkan satu perkara namun kedua-duanya tidak mahu mengalah. Kalau anda berada dalam situasi seperti ini adakah anda ingin mengalah? Cuba tanya hati sendiri, adakah nanti jika aku ditempatkan dalam situasi seperti itu, yang mana aku akan bergaduh dengan seseorang yang membuatkan maruahku tercalar, adakah aku akan mengalah? Atau aku akan berbalah? Tepuk dada tanya hati sendiri. Mungkin, kamu akan berasa malu bila maruah kamu dirobek-robek oleh orang lain apatah lagi orang yang kamu rapat kan. Jadi, pastinya kamu tidak akan mahu mengalah. Tapi cuba fikir, semua itu angkara siapa? Siapa yang menyebabkan pergaduhan itu timbul dan siapa yang menyebabkan berlakunya keadaan seperti itu? Sudah pastinya bukan kamu, bukan juga sahabat kamu ataupun bukan juga orang lain. Tapi yang membuatkan perkara itu terjadi adalah Syaitan. Musuh semua manusia, semua makhluk di dunia ini. Kenapa kita bergaduh? Sebab kita sudah termakan kata-kata syaitan. Hati kita sudah dirasuk olehnya sehinggakan kita tidak mahu mengalah sesama sendiri. Sekali lagi, cuba tanya hati, adakah kita mahu syaitan itu menang?? Kalau jawapan kita tidak, kenapa kita masih mementingkan ego ini?? Cuba pelan-pelan fikir, adakah dengan bergaduh seperti ini kita akan menang? Adakah dengan berbalah seperti ini menunjukkan kita kuat? Tidak. Orang yang kuat adalah orang yang cuba untuk menebalkan muka meminta maaf dengan orang lain walaupun dia tidak bersalah.

Situasi b:
Bagi situasi seperti ini. Kita hanya perlu fikirkan dalam hati kita, adakah dengan tingginya ego mu kau akan dapatkan wanita yang kau cintai? Ataupun kau akan dapat tunjukkan kau lelaki yang mampu menjadi pemimpin kepada kaum hawa? Kalau kau fikir sedemikian maksudnya kau silap. Seorang wanita sangat tidak suka jika orang yang dia sayang pentingkan diri dan bersikap ego. Siapa yang sanggup wahai kaum adam?? Satu risiko yang kau ambil jika kau bersikap sedemikian, kau mungkin akan ditinggalkan oleh nya.. Percaya atau tidak? Kau sendiri boleh rasa.

Situasi c:
Satu hal di sini, jangan anggap yang kau sahaja boleh sedangkan orang lain tidak boleh. Kau hanya akan memalukan diri sendiri jika kau merasa kau lebih pandai dari rakanmu yang lain sehingga lokek ilmu. Ilmu itu adalah satu benda yang susah kita cari. Tapi bagi yang berusaha dia akan dapat dan bagi yang sudah dapat namun dia bersikap lokek ilmu, ilmu itu pasti akan ditarik balik. Jangan anggap ilmu yang ada pada kamu akan kekal sampai bila-bila jika kamu tidak amalkan. Ilmu itu akan datang pada orang yang kamu tidak sangka juga. Ilmu tidak bersifat tetap. Ia akan pergi jika tidak diamalkan dan ia akan datang kalau kita berusaha. Jangan tinggikan ego mu terhadap orang lain dengan ilmu yang kau ada. Sebab ilmu itu seluas lautan, dan yang kau ada hanya secelup darinya.

Situasi D:
Manusia ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Jangan hanya kerana kau pandai atau kau tahu sesuatu itu kau sudah mahu bangga diri. Mungkin ada juga orang lain yang tahu akan hal itu, tetapi dia tidak pernah bangga dengan apa yang dimilikinya. Satu kelebihan kita itu akan ditarik balik jika kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada. Jangan pandang rendah orang lain. Dan... Jangan tunjukkan sangat apa yang kamu tahu. Sebab... Melalui itu ada mata-mata yang sedang menerhatikan kamu dan meneliti kekurangan kamu melalui kelebihan yang kamu ada. Ingat!

Ok..sudah panjang saya menulis.. Ingat ya. Ego itu tiada gunanya. Siapalah kita untuk menjadi ego?? Kita bukan Tuhan pun.. Kita tiada apa-apapun.. Sebab semua yang kau ada itu hanya pinjaman sementara. Ada waktu, Allah akan tarik balik semua yang kau ada barulah kau akan menyesal. Jadi sebelum menjadi orang seperti itu, fikirkanlah sebaiknya. Sekian terima kasih..

Tq membaca entri kali ini..jumpa di lain kali.. Love u All...;)

Comments

Popular Posts