Bukanlah namanya hidup kalau tiada cabaran
Assalamualaikum, selamat petang. Rasa mengantuk petang-petang ni.tapi malas mau tidur. Apa nak cakap?? Haha..kalau tulis banyak-banyak di beloggggg ni pun bukan ramai juga yg baca. Al maklumlah..saya tidak femesss baa macam orang lain sebab saya bukan budak "hot" pun.. Wakaka..(ok suda..x bagus banyak ketawa)
Ok la..d entri ni kita crita pasal "hidup"...
Apa kian hidup atu?? Naaa...Katar-katar kamurang mendengar aku bekurapak(bercakap) brunei?? Haha... Okay..serius kitani..
"HIDUP"
Ramai yang cakap, "ish, susahlah hidup ni." Memang kalau kita tidak faham konsep kita akan rasa sangat susah hidup di dunia ni. Tapi apakan daya kan..kita harus wajib mesti jugak jalani semua ni.
Satu statement aku bagi 'bukan lah namanya hidup kalau tiada masalah dan bukanlah namanya kehidupan kalau tiada cabaran.'
Susahkan bila di fikirkan tentang hidup. Apa lagi kalau banyak masalah. Lagi teruk kita di buatnya. Lagi bekakai kita untuk ke depan.
Tapi sebenarnya kan, hidup ni perlu kekuatan. Dan sememangnya orang yang berada di dunia ni sangat kuat. (tepukan untuk diri sendir) . Kenapa aku cakap begitu? Sebab memang begitu lah ia. Cuba kamu bayangkan, orang yang bunuh diri tu sebab apa? Ya, sebab mereka-mereka itu tidak tahan untuk hidup.
Tapi jangan kamu fikir lepas kamu mati kamu akan terlepas dari semua cabaran dan ujian atau lebih senang terlepas dari hidup. Tidak. Tidak sama sekali. Lepas kamu mati pun kamu akan hidup. Hidup di mana? Sudah pastinya di alam lain. Bukan lagi di dunia tapi di alam barzakh. Dan apabila tiba di alam tersebut, jangan ingat senang untuk kamu tempuhi. Sebaliknya, lebih susah dari sekarang. Sedangkan ujian di dunia kamu tidak mampu lalui apa lagi ujian di akhirat. Nauzubillahminzalik.
Bila di katakan tentang hidup di dunia, tiada manusia yang lalui semua ujian hidup dengan senang. Sedangkan Rasulullah SAW pun melalui benda ni semua apa lagi kita. Jadi kadang-kadang jangan lah mengeluh bila kau dapat satu musibah sebab bukan kau seorang sahaja yang merasa semua itu. Orang lain ada lagi teruk musibahnya dari kau.
Ingatlah, bila kau dapat satu ujian, itu tandanya Allah sangat sayang akan kau. Dan ingatlah itu semua hanya untuk menguji sejauh mana kesabaran kita apabila mendapat ujian.
Apabila kau inginkan sesuatu dan ditentukan kau tidak dapat memilikinya, ingatlah Allah masih berikan kita peluang untuk memilih yang lain, memilih yang lebih terbaik untuk hidup kita. Bukannya semata-mata untuk menguji tapi Dia juga ingin memberi kita sesuatu yang kita perlukan bukan yang kita inginkan. Allah pasti tahu yang terbaik untuk kita kerana dia telah merancang semuanya dengan sesuatu yang kita tidak pernah tahu. Pastinya yang terbaik.
Dan satu prinsip yang aku pegang apabila berhadapan masalah ataupun sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Aku akan sentiasa bercakap dalam hati. 'Itu semua sudah ketentuan. Biarpun kita berusaha banyak mana pun tapi kalau benda tu bukan untuk kita tetap bukan. Dan apabila sesuatu yang memang untuk kita tapi kalau ramai orang yang menentang ia tetap untuk kita.
Jangan bersedih bila orang yang kau sayang, sudah pergi. Sebab mungkin, bila kau tetap ingin bersama dia kau tidak akan bahagia. Jadi redha la. Lagipun itu semua jodoh. Jangan terlalu bersedih.
Satu perkara lagi, bila sudah sesuatu musibah itu datang kepada kita, terima lah dengan redha. Contohnya, apabila kau ditimpa kemalangan tapi tidak sampai meragut nyawa. Mungkin di situ kau diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jangan pernah menyalahkan takdir atas apa yang telah berlaku. Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. Apa yang diberikan kepada kita itu semua kita bole lakukan cuma kita perlu mencari jalan.
Jangan anggap hidup ni satu perkara yang menyusahkan. Sebab kadang-kadang benda akan jadi susah apabila mindset kita berkata susah. Jalani hidup ni seperti kau hidup seratus tahun dan beribadah lah kau seperti kau akan mati esok hari.
Satu perkara lagi yang membawa kepada keindahan dalam hidup. Cuba terima semua kritikan orang dengan hati yang terbuka. Kadang-kadang apa yang orang cakap tu ada betulnya. Jangan kerana kau pentingkan ego dan jangan sebab kau anggap kau sentiasa betul, kau abaikan apa yang orang cakap. Ingat, mata kita ada dua sahaja untuk lihat diri kita tapi mata orang lain ada banyak untuk melihat diri kita bagaimana.
Ok sudah banyak aku berkata-kata. Panjang sudah. Sekali idea tu keluar macam air yang tak pandai berhenti.. Haha..(ya aku memang minat HAHA) haha... Apapun..jalani hidup kamu dengan baik dan cubalah ubah diri sendiri agar kehidupan yang kamu jalani terasa indah dan bahagia. Kita akan bahagia apabila dekat dengan Allah SWT... (bukan dkt dgn bf/gf ya) sekian...terima kasih..jumpa di entri lain...
Comments
Post a Comment